Thursday, June 19, 2008

mempelajari sesuatu.....

15 hari di Makkah dan Madinah....
Banyak mengajar aku sesuatu.....
Antaranya.....

1. Himpunan 1001 macam gelagat dan gaya manusia...dengan satu tujuan murni...mengerjakan ibadat di rumah Allah....

2. Himpunan pelbagai budaya dengan 1 agama suci , Islam

3. Penyatuan hati jutaan manusia...tiada marah, tiada dendam, tiada iri hati....dengan hati yang ikhlas...semua seia sekata melangkah mengelilingi kaabah....walau berkerusi roda, mahupun bertongkat atau kiota yang mempunyai kudrat....semua tetap menuju ke arah yang sama....

4. Batu hajarul aswad sebanyak 7 biji yang dikatakan merupakan batu dari syurga...dahulu dikatakan mampu menyinari dan menyuluhi sehinggi ke Syam....tetapi kini telah hitam ( lantaran umat Islam kini semakin berdosa ) - info daripada Ustazah Sofiah....( aku belum berjaya mengucupnya )

5. Kaabah yang terlalu suci....terlalu kagum...pernah cuba untuk direnovate batunya...dan pembinaanya menggunakan batu daripada gunung berdekatan....batunya cuba dibuang ke laut untuk digantikan yang baru...dengan kuasa Allah...batu ini timbul terapung-apung di laut....dan ia diambil semula dan diletakkan semula di dinding kaabah....sumber...dari ustazah juga...

6. Rakyat Malaysia dikatakan paling bersopan santun....dan disukai oleh kebanyakan penjaga-penjaga masjid sama ada di Masjidil Haram mahupun di Masjid Nabawi....

7. Anak-anak muda di negara Arab diajar sejak kecil menghidupkan masjid...Tanah yang barakah, masjid yang sentiasa hidup...kebanyakan masa merka dihabiskan di masjid...seronok melihatnya....gembira andainya mendapat peluang seperti mereka untuk seumur hidup...alhamdulillah....

8. Asas-asas pembinaan bangunan terlalu kukuh...sehinggakan kita di bangunan sebelah tidak terasa apa2 gegaran...hatta letupan menggunakan bom sekalipun....walaupun kini pembinaan giat dilakukan...semua untuk kemudahan umat Islam...dan dalam masa 3 tahun lagi...insyaallah...dataran masjidil haram akan diperbesarkan sehingga ke masjid Kuching....

Tuesday, June 17, 2008

Terlalu indah....




Terlalu indah untuk dikatakan....
tak terluah dek perkataan....
Terlalu rindu ku rasakan....
Ingin berada selalu dekat denganmu....

Ku panjatkan kesyukuran...
atas kesudian menerimaku...
walau segunung dosa yang tidak terhitung...
ampuni daku Ya aLLAH...
terima daku ya Allah....

Ya Allah...
Rumahmu terlalu agung...
Tidak pernah sunyi...
Tidak pernah sepi...
Walau seketika....

Aku insan kerdil ini Ya Allah...
menadah tangan...
Memohon berkat dan inayahmu....
Rahmat mu kusyukuri....
Aku lahir dengan Islam....Alhamdulillah....

ikan masak taucu

hari ni nak ke HUKM...babah warded(routine)..jadi pagi2 dah bangun masak untuk bwk bekal...hari ni turn kite tido ward teman babah...meh aj...