Sunday, January 13, 2013

Hukum DM

Bermaksud hukum tentang cara-cara kata-kata disusun untuk mendapatkan satu frasa nama yang lenkap dan sempurna.

Frasa nama bermaksud gabungan dua perkataan yang menerangkan satu maksud sahaja. Contohnya buku tulis, bas ekspres, pasar mini, bubur jagung, Restoran Rimbun, Hotel Singgah Sana..


Bagi hukum DM, D bermaksud unsur yang diterangkan/ subjek ayat/perkara yang diterangkan.

M pula bermaksud unsur yang menerangkan subjek....

Cara penulisan Bahasa Melayu menekankan subjek / perkara dahulu dan diikuti dengan penerangan bagi subjek tersebut. Dalam erti kata lain sebutkan bendanya dahulu dan kemudian sifat atau keadaan benda tersebut...

Terdapat beberapa kesilapan yang seringkali dapat kita perhatikan dalam penggunaan Bahasa Melayu...Walaubagaimanapun, ia semakin dititikberatkan dan diambil peduli oleh masyarakat hari ini...Apapun mari kita lihat,...apa yang salah, dan macam mana yang betul....

Salah : Goreng pisang, Asiah Restoran, Jeruk mangga, Bahagia Hotel, Zakiah Pusat Urut, rebus jagung, Mini Panggung Wayang...


Betul: Pisang goreng,Restoran Asiah, Mangga jeruk, Hotel Bahagia, Pusat Urut Zakiah, Jagung rebus, Panggung Wayang Mini.

Dalam erti kata lain, bila salah...ayat pun jadi salah dan tidak gramatis....

ikan masak taucu

hari ni nak ke HUKM...babah warded(routine)..jadi pagi2 dah bangun masak untuk bwk bekal...hari ni turn kite tido ward teman babah...meh aj...