Saturday, August 6, 2011

Air mata ini...


  • masih tetap mahu mengalir,

  • masih setia mengingati segala memori,

  • masih panas walaupun hari itu telah berlalu...

  • 31 julai 2011

  • Keluarga besar kami berdukacita,

  • Keluarga besar kami terkesima,

  • Pemergian yang tidak pernah kami sangka,

  • Pemergian yang menambahkan lagi iman di dada....

  • Menjelang tarikh 1 ogos itu,

  • Juga sehari sebelum tibanya ramadhan,

  • Woo menjerit dan menangis penuh syahdu,

  • Tatkala pagi yang hening menemani kami semua,

  • Panggilan telefon itu,

  • Tidak kami duga di hujungnya....

  • Mamak Mus kesayangan kami telah tiada,

  • Mamak Mus kesayangan kami telah menghadap yang Esa,

  • Mamak Mus kesayangan kami dipinjamkan Allah sehingga 31 Julai 2011 itu....

  • Aku tidak mampu membendung air mata,

  • Namun aku perlu kuat dan tabah,

  • Menenangkan hati bonda mamak mus yang kehilangan anakandanya buat kali pertama,

  • Apalah perasaannya...

  • Zuriat yang dikandung dan dibelai sekian lama,

  • Terlebih dahulu mendahuluinya....

  • Namun iman masih tersemat di dada,

  • Kami menerima ketentuan itu.....

  • Masih teringat pertemuan terakhir kami....

  • Hari isnin di petang hari menjelang habisnya asar,

  • Penuh riang gembira tawa jelas bersama,

  • Menghayati minum petang bersama-sama....

  • Penuh tenang dan gembira hatinya,

  • Berada di rumah kami sepetang itu,

  • Itulah rupanya pertemuan terakhir bersama bonda.....

  • namun,,...

  • Ada sedikit perubahan yang jelas ketara di ketika itu,

  • Dan aku tidak menjangkakan apa2...

  • Rupanya itulah petanda...

  • Berpisah sudah kita selamanya....

  • Mamak Mus...

  • Tatkala jenazahnya tiba di sisi bondamu...

  • Aku masih belum mampu menerima...

  • Bahawasanya kau telah pergi selamanya..

  • Sangkaku kau hanya tidur seketika....

  • Namun pabila ku lihat semua menyentuh,

  • Dikau kaku seribu bahasa,....

ikan masak taucu

hari ni nak ke HUKM...babah warded(routine)..jadi pagi2 dah bangun masak untuk bwk bekal...hari ni turn kite tido ward teman babah...meh aj...